Minit Mesyuarat Keluarga Omar kali ke-4 (Keputusan
Mesyuarat)
Tarikh :
19.09.2017
Hari : Selasa
Masa : 09.00
mlm
Tempat : Group
Whatsapp
Bil
|
Perkara
|
Tindakan
|
||||||||||||
1
|
Ucapan aluan pengerusi.
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memohon
persetujuan semua berhubung keputusan mesyuarat yang telah diadakan pada
18/9/2017 yang lalu. Ahli-ahli yang hadir telah menyatakan persetujuan.
|
Makluman
|
||||||||||||
2
|
Perkara berbangkit dan cadangan:
1)
Cadangan menaikkan Insentif IPTA/IPTS.
Fais telah
mencadangkan untuk mengkaji peruntukan “Insentif IPTA/IPTS” agar dinaikkan
kadarnya. Bagi Ijazah Sarjana Muda dicadangkan agar dinaikkan dari RM50
kepada RM100.
Pengerusi minta
cadangan ini dibawa pada masa depan memandangkan duit tabung masih sedikit.
Cadangan ini akan diputuskan sekiranya tabung sudah mencecah jumlah RM2000
lebih.
Mesyuarat bersetuju
untuk menangguhkan cadangan ini dan akan dibawa pada masa depan.
2)
Cadangan Penambaikkan bagi peruntukan Perubatan.
Sham telah
mencadangkan penambahbaikkan bagi peruntukan Perubatan (RM250) yang sedia ada
agar kaedah pemberian kepada mereka yang benar-benar layak dapat diagihkan dengan
lebih efisyen dan tepat.
Kertas cadangan penuh boleh dirujuk disini:
Draf Bantuan Perubatan Bagi Keluarga Omar
Sham menjelaskan
bahawa terdapat peruntukan perubatan sebanyak RM250 disediakan oleh persatuan
namun pengagihan bagi mereka yang layak kurang jelas. Beliau mahu semua ahli
terlebih dahulu memahami cadangan ini terlebih dahulu sebelum membuat
keputusan.
Pengerusi minta
cadangan dibincang bila dah stabil. Mendapat sokongan dari semua.
|
Makluman
|
||||||||||||
3
|
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
|
Disediakan oleh: Disemak
oleh:
Wan Shamsurizam Wan Shafei Rahmani
Omar
Setiausaha Agung Pengerusi
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Minit Mesyuarat Keluarga Omar kali ke-3 (Keputusan Mesyuarat)
Tarikh : 18.09.2017
Hari : Isnin
Masa : 09.00
mlm
Tempat : Group
Whatsapp
Bil
|
Perkara
|
Tindakan
|
1
|
Ucapan aluan pengerusi.
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan menyatakan bahawa
satu meeting AJK telah diadakan pada 16/9/2017 di Dewan Batang Kali dan keputusan
telah diambil untuk menyambung balik kutipan tabung Keluarga Omar. Susulan
keputusan dari mesyuarat tersebut, pengerusi memohon cadangan bagaimana untuk
memulakan kutipan dan bila kutipan akan mula dilaksanakan.
|
Makluman
|
2
|
Berikut adalah keputusan yang telah dipersetujui hasil
mesyuarat:
1)
Kutipan tabung Keluarga Omar akan bermula balik pada
JANUARI 2018
2)
Ahli bersetuju untuk mengekalkan kadar yuran RM2/head.
3)
Tunggakan/hutang yuran ahli pd thn 2014 dan ke bawah
dimansuhkan. Semoga semua ahli lbh berdisplin dimasa akn dtg dlm isu yuran.
4)
Mana-mana ahli yang telah menjelaskan yuran bagi thn
2015 dan 2016 akn dibawa ke tahun 2018. dgn ucapan terima kasih atas byran
dan tahniah diatas dedikasi dlm mmbyr yuran.
|
Makluman
|
3
|
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam.
|
Disediakan oleh: Disemak
oleh:
Wan Shamsurizam Wan Shafei Rahmani
Omar
Setiausaha AgungMuat Turun Minit Mesyuarat Kali ke 3
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Minit Mesyuarat Keluarga Omar kali ke-2
Tarikh : 15.09.2013
Hari : Ahad
Masa : 09.00 mlm
Tempat : Perkarangan rumah En. Shaidin (Pak Njang)
Bil
|
Perkara
|
Tindakan
|
1
|
Ucapan aluan
pengerusi.
Pengerusi
mengalu-alukan dan mengucap terima kasih di atas kehadiran semua ahli
keluarga Omar pada mesyuarat kali ke-2. Beliau menerangkan tujuan perjumpaan
adalah untuk membincangkan halatuju Persatuan Keluarga Omar dan berharap
dapat menerima input serta cadangan-cadangan dari semua ahli.
|
|
2
|
Laporan kewangan
Wakil bendahari iaitu
Yong Melor memaklumkan bahawa baki tabung setakat tarikh 14.03.2013 adalah
sebanyak RM2315.83
|
Makluman
|
3
|
Perkahwinan
Dzulkarnain
Pengerusi merujuk
kepada draf cadangan perbelanjaan tabung dan memohon persetujuan dari semua
ahli berkenaan cadangan pemberian insentif sebanyak RM250 kepada mana-mana ahli
yang berkahwin buat kali pertama. Cadangan tersebut telah dipersetujui
sebulat suara oleh ahli-ahli dan peruntukan insentif ini akan diteruskan pada
masa akan datang. Insentif Perkahwinan Buat Kali Pertama akan diberi kepada
Dzulkarnain bin Abu Samah yang telah melangsungkan perkahwinannya baru-baru
ini dengan pasangannya Wan Marlisa Masri
|
Bendahari
|
4
|
Bantuan perubatan Pak
Lang Man (Othman Mat Sharif)
Mesyuarat telah
sebulat suara meluluskan peruntukan RM250.00 bagi bantuan perubatan kepada Pak Lang
Man yang telah mengalami masalah kesihatan yang kronik.
|
Bendahari
|
5
|
Pindaan Perbelanjaan
Tabung Keluarga Omar
Hasil perbincangan dan
pandangan serta cadangan-cadangan dari semua ahli maka satu keputusan telah
dibuat seperti berikut:
a) MEMANSUHKAN peruntukan
bagi pembiayaan perjumpaan hari raya puasa sebanyak RM200.00, bantuan
kewangan pinjaman (IPTA/IPTS) sebanyak RM1500.00 dan perbelanjaan luar
jangka sebanyak RM250.00
b) MEWUJUDKAN peruntukan
baru iaitu Insentif IPTA/IPTS bagi ahli yang berjaya menyambung
pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di mana-mana
IPTA/IPTS. Bagi mereka yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat diploma
akan menerima insentif sebanyak RM30.00 dan ke peringkat ijazah sarjana muda
sebanyak RM50.00 setiap ahli yang layak. Insentif galakan ini akan bermula
pada tahun hadapan 2014.
|
Makluman
|
6
|
Yuran keahlian
Pengerusi memaklumkan
bahawa masih terdapat ahli yang masih belum menjelaskan yuran bagi tahun
2012. Sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat kali pertama, setiap ahli
yang BEKERJA perlu membayar yuran sebanyak RM10/sebulan.
Encik Shaidin (Pak Njang)
telah mencadangkan supaya jumlah yuran dikurangkan. Puan Azmalina (kak yong)
pula memberi contoh terdapat beberapa persatuan keluarga di luar sana yang
mengenakan yuran yang rendah. Walaupun yuran mereka amat rendah (‘kuantiti’
duit tabung yang kecil) namun mereka terus bertahan sehingga beberapa
generasi dengan mengekalkan semangat kekeluargaan (‘kualiti’). Encik Wan
Shamsurizam (Abang Sham) telah mencadangkan agar kutipan yuran dibuat
berdasarkan konsep ‘zakat’ dimana setiap ahli(kepala) perlu dikenakan yuran
keahlian.
Dzulkarnain
mencadangkan yuran baru sebanyak RM3, manakala Encik Rahmani (Pak Cu)
mencadangkan RM5. Pak Njang pula mencadang yuran baru RM2 dan Puan Azmalina
(Kak Yong) dengan cadangan RM2.50.
Cik Rokiah (Kiah) dan Cik Nurul Asma (Ma) mencadangkan agar dibuat undian dan disokong oleh Cik Norul Fadhilah dan Cik Nurul Hasanah.
Setelah berbincang dan
mendengar pandangan dari semua ahli maka satu keputusan telah ditetapkan sebulat
suara seperti berikut:
a) Mesyuarat telah
memutuskan jumlah yuran yang perlu dibayar oleh setiap ahli adalah
RM2/sebulan dimana setiap KETUA KELUARGA perlu membayar yuran bagi pihak
keluarganya.
Cth: Sekiranya satu keluarga mempunyai 5 orang ahli maka yuran yang
dikenakan ialah RM2 X 5 org = RM10/sebulan.
Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa jumlah terkini ahli ialah seramai 55
orang. Anggaran kutipan yang terkumpul bagi setiap tahun ialah RM2 X 55 orang
X 12 bulan = RM1320
b) Kutipan yuran baru
sebanyak RM2/bulan bagi setiap ahli (kepala) bermula pada Januari 2013.
|
Makluman
Bendahari
Semua ahli
|
7
|
Peruntukan Raya Korban
2013
Mesyuarat telah
sebulat suara bersetuju dan meluluskan peruntukan sebanyak RM200.00 bagi
membiayai perbelanjaan makan-minum pada Hari Raya Korban pada setiap tahun bermula
pada tahun ini. Perjumpaan Keluarga Omar juga telah ditetapkan diadakan pada
setiap kali Hari Raya Korban.
|
Makluman
|
8
|
Perkara berbangkit
Pengerusi mengingatkan
kepada semua ahli yang masih belum membayar yuran bagi tahun 2012 agar dapat
menjelaskan seberapa segera.
En. Saidin (Pak Njang)
menyatakan rasa kesyukuran di atas kejayaan mengadakan majlis kenduri
Dzulkarnain hasil dari kerjasama dari semua ahli yang telah berganding bahu
memastikan kelancaran majlis tersebut. Beliau amat berharap agar ikatan
kekeluargaan yang sedia terjalin perlu diperbaharui/diperbaiki dan
dikukuhkan.
En. Abu Samah selaku
bapa pengantin baru mengucap jutaan terima kasih dan berharap permuafakatan
dapat diteruskan dan dieratkan.
Dzulkarnain
memperkenalkan isterinya kepada ahli-ahli. Semoga pasangan baru ini, Dzul dan
Wan Marliza berbahagia hingga ke akhir hayat.
Puan Erni (Mak Cu) mencadangkan agar persatuan dapat merancang Hari Keluarga di masa akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 11.00 malam.
|
Disediakan oleh: Disemak oleh:
Wan Shamsurizam Wan
Shafei Rahmani
Omar
Setiausaha Agung Pengerusimuat turun minit mesyuarat kali ke-2