Monday, May 30, 2011

PERSATUAN JALINAN KASIH KELUARGA OMAR
KG CHEPOR, LENGGONG, PERAK DARUL RIDZUAN



1.      PENDAHULUAN  
Persatuan Jalinan Kasih Keluarga Omar adalah sebuah persatuan keluarga yang menghimpunkan seluruh ahli-ahli keluarga dan generasi Omar bin Osman dan Hasnah binti Goleng yang menetap di Kg Chepor, Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Hasil perkahwinan Omar dan Hasnah, mereka telah dikurniakan 8 orang anak iaitu Mohd Hariri bin Omar (Yong), Latifah Omar (Nyah), Allahyarhamah Hamisah Omar (Mak Teh), Aripah Omar (Mak Lang), Adzimah Omar (Mak Anjang), Allahyarhamah Jamieah Omar (Mak Itam), Maizan Omar (Cik) dan Rahmani Omar (Pak Cu). Kini terdapat 3 generasi Omar bin Osman dan Hasnah binti Goleng yang menetap di seluruh tanah air Malaysia.

2.       ALAMAT 
Segala urusan surat menyurat ke persatuan ini hendaklah dialamatkan kepada 

Pengerusi,
       Persatuan Jalinan Kasih Keluarga Omar,
       No. 2 Laluan Chepor Impian 18,
       Taman Chepor Impian,
       31200 Chemor.

3.      OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan ikatan silaraturrahim diantara ahli-ahli keluarga Omar
3.2 Menggalakkan semangat toleransi dan bergotong royong serta saling bekerjasama dalam apa jua urusan Keluarga Omar;
3.3 menggalakkan ahli supaya menambahkan ilmu pengetahuan dlm pelbagai bidang;
3.4 Menggalakkan ahli-ahli supaya mempunyai semangat dan akhlak yang baik, saling hormat-menghormati terhadap orang yang lebih tua;
3.5 Memberi derma kewangan dan kebajikan kepada ahli-ahli yang layak.
                       
4.      KEAHLIAN 
Keahlian adalah secara automatik samada dari keluarga asal Omar atau setelah berkahwin dengan ahli Keluarga Omar.

5.      YURAN DAN PUNCA KEWANGAN
Berdasarkan konsep zakat, setiap ahli (kepala) dikenakan yuran sebanyak RM2.00 setiap bulan. Sekiranya 1 keluarga mempunyai 5 orang ahli maka jumlah yang dikenakan adalah RM2 x 5 orang = RM10/sebulan.

6.      PERBELANJAAN/ KEGUNAAN KEWANGAN
6.1 Peruntukan Perjumpaan Hari Raya Korban    RM200.00
6.2 Khairat Kematian                                                 RM200.00
6.3 Bantuan Perubatan                                             RM250.00
6.4 Insentif Perkahwinan
      (Perkahwinan kali pertama)                               RM250.00
6.5 Insentif IPTA/IPTS
      Diploma                                                                 RM 30.00
      Ijazah Sarjana Muda                                            RM 50.00

7.      Hari Perjumpaan Keluarga
Ditetapkan pada Hari Raya Korban setiap tahun.


DISEDIAKAN OLEH:
WAN SHAMSURIZAM BIN WAN SHAFEI
SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN JALINAN KASIH KELUARGA OMAR